Friday, August 8, 2008

Kanak-kanak



Dah lama dah aku nak luahkan benda ni.. selalu terjadi dalam masyarakat kita, terutama sekali masyarakat Melayu, budak-budak tegur orang tua dah jadi macam satu tabu dan lambang kurang ajar. Teguran budak-budak adalah satu teguran yang ikhlas, sesuai atau tidak sesuai itu bergantung kepada ajaran orang tua. Kalau dah orang tua pun takleh terima teguran, budak-budak, apatah lagi.. huk huk.. orang tua kencing berdiri, budak-budak kencing berlari.. Save children of the world..

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular takkan hilang walau menyusur akar. Sayyidina Umar pernah berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau terjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan kanak-kanak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu. Kalau kawan itu baik tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya, pasti membawa padah.


No comments: