Friday, August 8, 2008

Dissertation


Disertasi tahun akhir pengajian aku di UMS mengajar aku banyak perkara, positive, even negative. I learned that life is not an easy journey. Dengan duitnya yang mengalir macam air, penat, sakit hati, birokrasi, at least I learned to be independant, how to communicate, and how to manipulate (hehe). Aku tak mahu usaha aku yang tak seberapa menghasilkan scientific dissertation tersia macam tu saja, walaupun keputusannya tak berapa memberansangkan, but I still have something to share. And I'm proud with what I've done.

Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan fermentasi atau inkubasi asid asetik berlainan kepekatan ke atas profil sebatian perisa dengan menggunakan Kromatografi Gas dengan Pengesan Nyalaan Ion (GC-FID). Biji koko yang diperolehi dari Kg. Baru Jumpa, Tenom diinkubasikan di dalam makmal didalam 3 kepekatan asid yang berlainan pada 3 tempoh fermentasi yang berlainan. Indeks fermentasi serta pH biji koko diambil bagi menentukan biji koko tersebut melalui proses fermentasi dan penyerapan asid asetik baik. Biji koko yang telah melalui pemprosesan primer serta sekunder diekstrak sebatian meruapnya dengan menggunakan alat radas Pengekstrakan Bendalir Superkritikal (Supercritical Fluid Extraction) atau SFE. GC-FID digunakan untuk menentukan kehadiran sebatian perisa. Sebatian perisa piawai yang digunakan sebagai petunjuk ialah 2,5-dimetilpirazina, 2,3-dimetilpirazina serta 2,6-dimetilpirazina. Semua sampel biji koko yang diinkubasikan gagal memberikan kromatogram puncak yang jelas. Isyarat gangguan yang terhasil dari sampel adalah lebih tinggi dari isyarat pengionan sebatian pirazina

Well, that's the abstract. Walaupun gagal, aku yakin banyak perkara lagi yang boleh dibuat. Kajian mengenai koko memang luas. Tapi, penanaman koko memerlukan kapital yang sangat besar.. tak berani aku nak ceburkan diri. I'm trying to fill my blog with interesting thing though, Stay tuned.. hehe

No comments: