Wednesday, August 6, 2008

Evolution Theory??

Kebelakangan ini aku agak tertarik dengan suatu bentuk pemikiran yang telah agak lama menapak kat dalam kepala otak aku.. sebagai student pure science (walaupun tak berapa hebat), teori evolusi sering menghantui pemikiran. Dan kadangkala teori ini agak kuat apabila disokong oleh beberapa nama hebat dunia sains barat, yang malangnya, turut dijulang namanya oleh sistem pendidikan global..

Beberapa orang remaja Muslim seumur dengan aku pernah mendatangi aku dengan beberapa hujah, yang pada awalnya aku pandang sebagai penuh berilmu, hampir merosakkan iman dan aku pasti mampu membatalkan syahadah mereka yang termakan hasutan manusia durjana ni, lebih menyedihkan, teori yang dulunya hanya didewakan oleh golongan konservatif sains kini mula menular ke dalam sistem pemikiran masyarakat Malaysia, yang mana setahu aku sepatutnya dilindungi 6 rukun iman dalam diri bakal intelektual pewaris negara kita.

Aku pernah diperangi beberapa orang nasionalis setelah aku dengan terbuka mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih bersifat sekular, dan dengan kekurangan ilmu, aku terdiam. Namun, perkembangan teori evolusi yang bersifat materialisme di dalam pemikiran remaja di sekeliling aku (online, aku tak penah tengok pon dorang) agak membimbangkan. Aku terjumpa e-book nukilan Harun Yahya (pic. Adnan Oktar), mungkin tokoh terkenal dalam dunia Islam, namun, oleh sebab my own ignorance, aku pon tak kenal. Jarang nak membaca. But I'm sure this guy is a true warrior of Islam.

Sebenarnya tak mampu aku menghuraikan panjang2 hasil tulisan dia, tapi bagi la peluang sikit untuk aku luahkan, nevertheless, this is my own blog..haha..

Dalam mengusulkan asal sesuatu, kita ada dua pilihan utama, samada sesuatu itu diciptakan, atau ianya terbentuk secara kebetulan. Pendapat yang kedua adalah ciri utama pendokong teori evolusi.

Terdapat beberapa orang saintis Turki yang mendewakan akal menyokong teori ini membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

"Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama."

Saintis ini lebih yakin kepada hujah pembuktian yang mustahil daripada mengakui ianya adalah satu ciptaan. Ini dengan terang-terangan menunjukkan bahawa mereka bukanlah mempertahankan kebenaran sains, sebaliknya membenarkan kesamaran sains, mungkin lebih tepat sebagai kelemahan sains atas dogma falsafah yang mereka junjung.

Pandangan yang meterialistik inilah, yang memandang setiap benda pasti ada benda selainnya yang membawa kepada pembentukannya dan berlaku secara rawak, mendorong ramai saintis mula mendewakan akal mereka sendiri lantas memilih untuk menjadi athies. Sebesar mana pun bukti yang diberikan, setulen mana pun sumber saintifik yang dipersembahkan, sifat serta pemikiran mereka yang tidak beriman (mana-mana agama sekalipun) ini pasti takkan berubah kecuali dengan kehendakNya;

"Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar)". (Surah Al-An'aam:111)

Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun.

Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

"Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)"." (Surah Al-Hijr:14-15)

Sains adalah satu bidang yang luas, satu pemikiran yang sangat mendalam, namun, semua itu hanya setitis dari selautan ilmu kepunyaanNya. Menolak kebenaranNya adalah contoh kepastian kedunguan seseorang. Dan teori evolusi pastinya satu teori yang dungu. Aku tak pandai laa nak main2 ayat kasi korang paham apa yang aku paham. Lagipun, aku belum baca habis pon lagi buku dia..hehe... aku juz terfikir.. adakah cuma aku yang dengan malang terjumpa manusia yang dungu percayakan teori ini, ataupun, memang teori semacam ini memang mendapat tempat di hati kebanyakan manusia? Nauzubillah..

No comments: